hai..selamat malam semua...
sha nak share resepi mee goreng sha style malam ni...resepi simple..nampak macam banyak bahan2nya..tapi senang je...ikut mana ada dalam peti je rencahnya..
sumber resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
isi ayam-dipotong kecil
2 sb udang kering*
3 ulas bawang merah* }bahan * ditumbuk
2 ulas bawang putih*
4 biji cili padi-diketuk
1 ketul tauhu/tokua-goreng dan potong kecil
bebola ikan-potong 3
secekak tauge
4 tangkai sawi-dipotong
2 sb cili kisar
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
1/2 sk kicap pekat
2 sb kicap manis
sedikit air
sedikit lada sulah
garam
cara-cara:
1)tumis bahan tumbuk hingga wangi..kemudian masukkan cili padi,cili kisar tumis hingga cili agak naik minyak
2)masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato,kicap pekat,kicap manis dan ayam dan sedikit air..kacau sebati biar sekejap hingga ayam empuk..masukkan sawi,tauge dan bebola ikan kacau lagi
3)kemudian masukkan tauhu goreng dan mee gaul sebati dan perasakan dengan lada sulah.rasa jika perlu tambahkan sedikit garam..biasa bahan2 sos dah masin..tak perlu tambah garam
4)matikan api..hidangkan dan taburkan bawang goreng dan cili potong jika suka
~SELAMAT MENCUBA~
No comments:
Post a Comment