assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
IKAN KEMBUNG MASAK KICAP
selamat petang semua...
hai..menu paling simple merangkap menu M kot hehehe..ikan kembung masak kicap .simplenyer..
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung-digaul garam kunyit dan goreng
3 sb kicap manis
2 sb kicap masin
1/2 sb kicap pekat
1 labu bawang besar-dipotong bulat
1 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
5 biji cili padi-dihiris
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
cara-cara:
1)ikan digaulkan garam kunyit dan digoreng dahulu.ketepikan.
2)tumis bawang merah,bawang putih dan cili padi hingga wangi.kemudian masukkan kicap manis,kicap pekat dan kicap masin.gaul sebati.
3)masukkan air asam jawa secukupnya.dan tambah sedikit air lagi(ikut nak kuah banyak mana.
4)biarkan mendidih dan sedikit pekat.masukkan bawang besar dan ikan.gaul sebati semuanya.agak bawang lembut boleh tutup api.
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment