assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
ROTI JALA SARDIN
assalammualaikum dan selamat pagi semua...
apa khabar ek...dah sarapan..harini n3 pertama sha diawal pagi ni..roti jala sardin .pagi2 dah menjala..resepi yang mudah dan simple..selalu sardin buat sandwich je..harini sha tukar plak..guna roti jala/kirai.
resepi:sha ahmad
bahan roti jala:
2 cawan tepung gandum
2 sb minyak masak(sha guna conola oil)
3/4 sk garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
2 cawan air/santan/susu segar(sha guna air je)
acuan roti jala
bahan inti sardin:
1 tin kecil sardin-asingkan sos dan buang tulang ikan
1 labu bawang besar sederhana-diracik halus
2 biji limau kasturi-diambil jusnya
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
cara membuat inti sardin:
1)ikan dihancurkan didalam mangkuk.kemudian masukkan bawang besar,garam,jus limau dan serbuk lada sulah secukupnya.
2)kacau sebati.jika suka boleh letakkan sikit sosnya.sha letak dalam 2 sb sos sardin tadi.
cara membuat roti jala:
1)blend semua bahan diatas hingga sebati.tapis adunan.
2)gunakan non stik pan.sapu sedikit minyak dan jala diatasnya dengan acuan roti jala.
3)dah masak angkat dan letakkan 2 sk inti sardin dan gulung macam gulung kuih ketayap.
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
kuih muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment