assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
MEE BANDUNG SIMPLE
assalammualaikum dan selamat malam
n3 malam ni mee bandung simple sha style.petang tadi sha buat..makan ni semangkuk alhamdulillah konyang....nasi memang tak makan ler...jom tengok resepinya pula..sebelum tu layan picture duluan yer..
resepi:sha ahmad
saiz hidangan:1 orang
bahan-bahan:
1 mangkuk mee kuning-dicuci dan toskan
3 sb cili kisar*
1 sb udang kering*
1 ulas bawang putih* }kisar bahan * hingga halus
2 ulas bawang merah*
1 biji telur
2 pokok sawi-dipotong
3 ekor udang-dibuang kulit dan belah tengahnya
1 ekor sotong-dipotong bulat
daging-dihiris nipis
gula secukup rasa
garam secukup rasa
500 ml air
cara-cara:
1)tumis bahan kisar bersama sedikit gula kedalam kuali sehingga garing
2)masukkan air,sotong dan daging kedalammya.
3)setelah mendidih masukkan sawi dan udang.kemudian pecahkan telur.
4)setelah telur hampir masak,masukkan mee kuning dan kacau perlahan.perasakan dengan garam.jika ok tutup api
5)masukkan dalam mangkuk dan hias dengan cili potong,bawang goreng,hirisan daun sup dan sebiji limau kasturi.
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
mee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedapnye...terliur tengok...
ReplyDeletetq..jangan tengok je..try ler..boleh tau rasanya sekali..
ReplyDelete