assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
KEPAK AYAM MADU
selamat malam semua...harini sha try buat kepak ayam madu plak..resepi dari kak fida my resepi .buat 2 ketul je kepak ayam tu..khas untuk anak dara kesayangan sha yang tak makan pedas tu..nasib la dia suka...2 kali juga la dia makan nasi harini..
resepi kat bawah ni sha dah olah sikit sesuai untuk kuantiti kepak ayam sha..resepi asal boleh rujuk kak fida
sumber resepi: kak fida
olahan :sha ahmad
bahan-bahan:2 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih-diketuk dan dicincang halus(sha tambah)
3 sb madu
2 sb sos tomato
2 sb sos cili thai(sha guna sos cili biasa je)
garam secukup rasa
1 sk jus limau
cara-cara:
1)kepak ayam digaul sedikit garam dan goreng hingga masak
2)keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan lebih kurang 1 sb.tumis bawang putih hingga naik bau..kemudian masukkan kedua2 soa dan madu.masak hingga kelihatan mendidih sedikit diatas api kecil
3)masukkan kepak ayam goreng tadi dan gaul sebati dengan sos madu.masukkan perahan jus limau dan gaul hingga sebati.
4)masukkan garam jika perlu.rasa jika ok tutup api dan hidangkan
**sha ikut cara kedua kak fida menggantikan sos cili thai dengan sos cili biasa dan menambahkan bawang putih cincang.
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment