MASAK LEMAK TAUGE

assalammualaikum semua....
terima asih sebab sudi jengah blog sha yang tak seberapa ni...


yang ni plak masak lemak tauge..rasanya ramai yang tahu kan..ni masak lemak tauge sha style

bahan-bahan:
1 ringgit tauge
1 keping tauhu-dipotong dadu
2 sb udang kering-rendam dan tumbuk
2 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih
100 ml santan(sha guna santan kotak je)
1/2 biji cili merah
air secukupnya
garam secukup rasa

cara-cara:
1)masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali santan dan garam.biarkan mendidih
2)kemudian masukkan santan dan garam secukup rasa.masak sekejap dengan api perlahan.dan kacau selalu(taknak pecah minyak).rasa jika ok tutup api dan hidangkan..

**JOM KITA BACA KHASIAT TAUGEH DI SINI YER


                                          ~ENJOY COOKING~

No comments:

Post a Comment