assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
TOM YAM CAMPUR
selamat malam semua..
menu tengahari tadi ni..tom yam campur..yang simple je harini..lagi pon sha cuma masak apa stok yang ada dalam peti je...alasan yang sama..nak clearkan peti sejuk sebelum 26 hb ni..27 dah diaorang datang nak packing barang n terus naik lori..sebelum 26 memang kena clearkan apa yang patut barang2 makanan ni..tambah2 yang boleh busuk ni..
resepi:sha ahmad
bahan-bahan:
3 ketul ayam-dipotong kecil
daging-dihiris nipis
3 ekor sotong-dipotong bulat
cendawan-dihiris 2(ikut saiz ler)
2 batang serai-diketuk
5-6 biji cili padi-diketuk
1/2 batang carrot-dihiris ikut suka
bunga kobis-dihiris
1 labu bawang besar-dipotong bulat
4 sb pes tom yam
1 sk susu pekat manis
2 helai daun limau purut-dihiris kecil
2 biji tomato-dipotong 4
1200ml air(lebih kurang)
garam secukup rasa
cara-cara:
1)didihkan air kemudian masukkan serai,pes tom yam,cili padi dan daging.biar sekejap hingga mendidih lagi.
2)kemudian masukkan ayam,sotong,carrot,bunga kobis.biarkan lembut sedikit semuanya..kemudian masukkan bawang besar,cendawan,garam dan susu.bila bawang agak lembut masukkan daun limau purut.rasa.jika ok tutup api.
3)lastly masukkan tomato yang dipotong tadi dan gaulkan.
4)siap dihidang bersama nasi dan telur dadar
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
tom yam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment