assalammualaikum semua..terima kasih banyak2 kerana sudi berkunjung ke blog sha yang tak seberapa ni..sebagai tanda persahabatan dan terima kasih sudi2 lah kiranya follow blog sha yer..dapat kita sama2 mengeratkan silatulrahim sesama manusia...
APAM BALIK
selamat malam semua...
ni menu sarapan pagi tadi..baru sempat nak tempek kat sini..petang tadi gi geylang jap..takde la ngadap lapy ni je..merajinkan diri buat apam balik pagi2..resepi popular rasanya ni.dari Ms oreo mYr.resepinya mudah sangat..dulu ingatkan susah la buat apam balik ni...rupanyer takde la payah sangat..dah banyak kali buat..cuma pagi tadi takde stok kacang ler..tapi hati rasa nak buat juga..letak je la apa yang ada..
sha letak jagung dalam tin,gula pasir dengan chocolate chip je.pon sodap..jom tengok resepi dari Ms Oreo mYR cara-cara tu sha ubah sikit ikut style sha ler..sha selalu buat ikut resepi ni je..senang sangat.
sumber resepi:Ms Oreo mYR
olahan:sha ahmad
bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum*(sha guna self raising flour)
1 sk soda bikarbonat* }ayak bersama bahan *
1 sk baking powder*(sha letak 1/2 sk je)
1/2 cawan gula
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan air(sha letak 1 cwn air 1/2 cawan susu cair)
sedikit mentega untuk mengoles(sha guna minyak je)
bahan tabur:
kacang tanah kisar(tak letak takde stok)
jagung dalam tin
gula pasir
chocolate chip(sha tambah)
cara-cara:
1)mesin gula bersama telur hingga kembang.(sha guna blander je)
2)masukkan pewarna kuning dan air.mesin lagi hingga sebati
3)masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan baking powder dan soda bikarbonat dan mesin lagi hingga semua sebati(siap)
4)panaskan non stik pan dan oleskan sedikit dengan minyak/mentega dipermukaan pan tadi dan tuang 1 senduk adunan kedalam pan dan ratakan
5)biar seketika dan sementara menunggu masak taburkan bahan tabur diatasnya(bila adunan dalam pan tu dan naik berlubang2 tu dah boleh tabur dah.)
6)apabila dah cukup masak lipat dua perlahan2 dan angkat.(sha oleskan mentega keatas apam balik yang masih panas tu..supaya dia nampak berkilat)
**nak cepat masak tutup dengan tudung periuk
~SELAMAT MENCUBA~
Labels:
kuih muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedap ni sHa.. mmg peberet ni.. tkpenah pulak buad, selalu beli jer.. thanx for sharing the recipe yer.. saya simpan recipe ni yer.. nnti nak cuba gak laa.. :)
ReplyDeletebetul tu sedap..sha dulu pon selalu beli je..tapi sejak dah tau buat sendiri jarang dah beli..
ReplyDelete