assalammualaikum..
twisties anak ramai sy panggil...mana taknya..1 bungkus laksa sy abiskan...dapat 2 telap...puas makan...
kalo boleh semua nak homemade je...
2 telap sy dapat
sy gunakan laksa eka
patahkan laksa kecil2
laksa digoreng dalam minyak yg panas sehingga jadi macam keropok
macam dalam gambar ni
sy gunakan 3 bahan ni je yg siap ada kat rumah...
campuran rempah,nestum n kiub pati ayam yg telah dikisar..gaulkan dengan laksa yg siap digoreng tadi..
bahan-bahan
1 paket laksa kering
2 sb rempah kari daging/ayam*
2 ketul kiub pati ayam maggie*
1 cawan nestum original*
1 sb gula*
cara-cara;
1)laksa kering dipatah2kan dahulu...tidak perlu dibasuh yer..
2)panaskan minyak dan goreng macam goreng keropok ikan....pastikan minyak betul2 panas yer..nanti tak kembang pulak laksanya...
3)bila laksa dah kembang angkat dan ketepikan..
4)blend kering bahan bertanda * sehingga hancur sebati
5)gaulkan bersama keropok laksa yg digoreng tadi...
***untuk memudahkan proses menggaul boleh masukkan dalam plastik atau balang dan goncangkan sebati...
No comments:
Post a Comment